1.Apa itu Membuat Kompos?

| | 0 comments



Membuat kompos adalah cara semulajadi bahan organik di kitar semula. Ianya adalah proses di mana bahan-bahan organik di reputkan oleh mikrorganisma dalam keadaan beroksigen. Hasil daripada proses ini ialah kompos yang menguntungkan alam sekitar sebagai baja semulajadi untuk perkebunan dan pertanian.


Baja kompos ialah bahan organik yang telah reput. Membuat baja kompos daripada bahan buangan organik bukan sahaja dapat mengurangkan sampah, malah ia dapat menyuburkan tanah di taman atau halaman rumah anda.

Baja kompos terhasil apabila bahan organik mereput dan pecah kepada bahan yang kaya dengan nutrien yang dipanggil “humus” melalui haba dan respirasi yang dilakukan oleh organisma dalam tanah (cacing, semut, bakteria dan kulat). Apa-apa sahaja bahan organik, contohnya daun dan sisa makanan boleh menjadi baja kompos. Pembuatan baja kompos dapat membantu menyelesaikan banyak masalah alam sekitar jika dilakukan dalam sesebuah komuniti dan disertai oleh ramai individu. Hampir 40 peratus daripada sampah sarap di rumah kita setiap hari terdiri daripada sayur-sayuran dan sisa dapur yang lain. Cara yang biasa dilakukan untuk menghapuskan sampah ini ialah dengan melonggokkan bahan yang berguna ini di tempat pembuangan sampah. Pembuatan baja kompos menggunakan bahan organik ini dengan mengitar semula sampah kepada humus yang kaya dengan nutrien.

Baca lagi..