4. Kandungan Bahan-Bahan Senang Reput.

| |

1. Sisa-sisa Dapur/ Kantin
• Sisa-sisa buangan makanan
• Sisa-sisa buangan buah-buahan dan sayuran, kulit, kupasan, biji, daun, akar, batang jagung dan sebagainya.
• Isi perut
• Daging dan bahan susu, kulit telur.
• Sisa-sisa Makanan yang berlebihan.
• Uncang the, serbuk kopi.

2. Sisa-sisa Kebun
• .Potongan Rumput
• Daun
• Rumput-rumput
• Daun Kering
• Kayu-kayuan ( ranting & dahan )
• Jerami
• Serbuk kayu
• Tanah


3. Surat Khabar dan Kadbod
• Tuala tandas
• Kertas tandas
• Kertas tisu
• Kotak karbon

4. Benda-benda lain
• .Lampin kanak-kanak pakaibuang ( buangkan seleput plastic dahulu )
• Tuala Wanita ( buangkan seleput plastic dahulu )

Udara adalah bahan yang amat penting bagi kehidupan dan pembiakan mikroorganisma pereput.
Air memberi kelembapan kepada mikroorganisma pereput.
Apabila kita membuat timbinan kompos, kita sebenarnya sedang membina tempat kediaman bagi mikroorganisma ini. Rombakan kompos ini amat penting untuk memberi udara dan air kepada mikroorganisma pereput.
Salah satu bahan yang sering digunakan ialah tanah yang menjadi sumber mikroorganisma yang mempercepatkan proses pereputan. Mikroorganisma pereput yang penting adalah bacteria, kulat, cacing dan serangga. Sisa-sisa dapur atau kantin dan makanan boleh juga digunakan sebagai bahan dalam beberapa cara membuat kompos.
Kompos yang siap berbau tanah, berwarna coklat atau hitam dan berasa relai dan sedikit lembab. Kompos akan siap lebih awal sekiranya bahan yang digunakan lebih halus.
Membuat kompos bagi tujuan perkebunan organik adalah sama seperti di atas tetapi tanpa bahan-bahan kertas ( tisu kertas, tuala kertas, lampin kanak-kanak, kadbod dan sebagainya ) oleh sebab mereka ini dirawat dengan bahan kimia dalam proses pembuatan.




0 comments:

Post a Comment